"Siaran langsung ketibaan Puan Salmah!" -Dua beranak 'sakat' mak bikin dekah netizen

Oleh: Shasha Zack

Wanita sememangnya memerlukan masa yang panjang untuk bersiap sebelum keluar ke mana-mana destinasi yang ingin dituju.

Begitu juga halnya dengan gelagat 2 beranak ini yang sempat membaca berita sementara menunggu ketibaan ibunya, Puan Salmah.

"Sebentar lagi kita dapat lihat siaran langsung ketibaan Puan Salmah..."

Menerusi video yang dimuat naik @salynata di laman Tiktok menunjukkan beliau dan anaknya sedang menunggu dalam kereta sementara ibunya bersiap. 

Namun, akibat terlalu lama menunggu, mereka secara spontan telah merakam video membaca berita yang seterusnya mencuit hati netizen

 "Suara mantap, TV3 patut ambik jadi pembaca berita..."

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji lontaran suara 2 beranak ini adalah sangat menepati ciri-ciri pembaca berita. Malahan, mereka turut mencadangkan sebuah stesen TV popular untuk mengambil mereka sebagai pembaca berita.

"Yang best Puan Salmah macam VVIP..."

Ada juga netizen yang terhibur dengan gelagat ibu @salynata yang berkelakuan seperti VVIP saat mereka mengumumkan kedatangan Puan Salmah.

"Anak beranak rupanya..."

Tidak kurang juga netizen yang terkejut kerana menyangka mereka berdua adalah adik beradik. Namun ternyata mereka ada keluarga 3 generasi iaitu anak, ibu dan nenek.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen