Cikgu kecewa pelajar tak datang kelas 'online', bila WhatsApp tanya ibu bapa hanya 'seen' je

Oleh: Shasha Zack

Semenjak Malaysia dilanda Covid-19, sesi pembelajaran secara atas talian sudah menjadi norma baharu di negara kita.

Namun begitu, kerap kali kita dengar anak murid yang tidak mengendahkan online class yang dianjurkan dan pastinya membuatkan para guru kecewa.

"Terpaksa ajar la walaupon tak ada satu students pon yang masuk..."

Itulah yang dihadapi oleh seorang guru Matematik dikenali sebagai Sir Vee yang telah memuat naik sebuah video kekecewaannya gara-gara kelas yang dianjurkan tidak mendapat sambutan.

Terpaksa ajar ja la dan record untuk rujukan students"

 

"Dah whatsapp kat group yang ada ibu bapa, tapi semua tak reply..." 

Menerusi ruangan komen, Sir Vee turut menjelaskan bahawa dia telah mencari alternatif dengan memaklumkan online class tersebut kepada para ibu bapa di aplikasi Whatsapp namun tidak dipedulikan.

"Patut buat kehadiran macam uni, tak hadir 20% kena banned exam..."

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati terhadap nasib Sir Vee yang bersungguh-sungguh untuk mengajar namun tidak mendapat sambutan. Ada netizen yang mencadangkan agar online class diambil kehadiran dan mempengaruhi pengambilan peperiksaan untuk masa akan datang.

Dengan cara ini mungkin ramai pelajar akan merasa takut jika sewenang-wenangnya tidak meghadiri kelas tanpa alasan kukuh.

"Pelik mak ayah tak pantau, tapi nak slaah cikgu pulak..."

Ada juga netizen yang turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak memantau aktiviti pembelajaran anak-anak. Malahan mereka hanya tahu menyalahkan tenaga pelajar jika anak-anak tidak mencapai gred yang baik.

"Cikgu handsome macamni pon taknak masuk..."

Ada juga segelintir netizen yang berseloroh tentang ketiadaan murid-murid dalam kelas yang dianjurkan oleh Sir Vee yang tampan ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen