"Hari ini genap sebulan arwah Afnan lahir, tapi kami masih belum lupakan saat indah bersama cahaya mata kami" - Azmi Saat

Oleh: Shasha Zack

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran isteri kepada vokalis kumpulan Caliph Buskers iaitu Nazirah Muhammad.

Dalam posting Azmi Saat di Instagrammnya, beliau telah mencoret kata-kata cinta buat isterinya sempena ulang tahun kelahiran Nazirah 2 hari yang lalu.

"Mohon hadiahkan kata-kata positif untuknya..."

Namun begitu, sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta, terpotret memori duka buat mereka. Tarikh tersebut sama dengan tarikh kehilangan permata hati mereka.

Azmi juga meminta pengikutnya supaya mendoakan kesejahteraan isteri yang dicintainya.

Penyanyi lagu Tulus itu turut memohon kata-kata positif dihadiahkan buat isterinya yang masih terkesan atas kehilangan anak mereka.

"Setiap hari akan ada masa dia menangis..."

Azmi turut berkata bahawa walaupon keadaan isterinya semakin pulih, namun isterinya masih lagi akan menangis saat terkenangkan memori indah bersama anak mereka.

"Walaupon keadaanya semakin baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu."

"Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. Insyaallah."

Terdahulu, Azmi dan Nazirah sempat menimang cahaya mata mereka pada 27 September lalu, namun 3 hari kemudian Afnan dijemput Ilahi akibat komplikasi fungsi otak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen