'Last minute plan', lelaki melamar wanita dicintainya di restoran selepas berkawan selama 10 tahun

Oleh: Shasha Zack

Setiap manusia pastinya mahu mengakhiri kehidupan mereka dengan berkahwin dan hidup bahagia.

Begitulah yang berlaku apabila seorang lelaki telah melamar wanita yang telah bersamanya selama 10 tahun sebagai sahabat.

"Jom kahwin"

Video lamaran yang berlaku di restoran Ruma Puteh, Titiwangsa itu telah tular di laman Tiktok dan mendapat tontonan sebanyak 59.8 ribu dari netizen.

"Last minute plan, Alhamdulillah..."

Menurut empunya Tiktok, @aidilriza mengatakan bahawa rancangan yang diatur secara last minute namun bersyukur ianya berhasil.

"Sweetnya bang, teruskan sampai lepas kahwin..."

Menjengah ke ruangan komen, netizen yang melihat meluahkan rasa gembira atas lamaran yang dibuat. Malahan mereka juga turut memuji tindakan lelaki ini sebagai sesuatu yang sangat 'sweet' dan mendoakan agar ianya berkekalan sehingga selepas kahwin.

"10 years of friendship? congrates..."

Ada juga netizen yang terkejut dengan persahabatan mereka yang sangat lama dan diakhiri dengan perkahwinan. Malahan turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

"She will remember this sampai bila-bila..."

Terdapat juga netizen yang memberitahu bahawa wanita tersebut akan mengingati saat manis ini sampai bila bila malahan akan bercerita kepada bakal anak-anak mereka nanti.

"Sweetnyaa... Semoga dipermudahkan urusan perkahwinan..."

Sedelintir netizen juga turut mendoakan urusan perkahwinan mereka dipermudahkan dan hubungan bahagia kekal hingga akhir hayat.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen