Nak balik asrama je, gadis angkut penuh satu kereta

Oleh: Shasha Zack

Selaras dengan pengumam rentas negeri oleh kerajaan, beberapa universiti seluruh Malaysia juga telah menggalakkan pelajar untuk pulang ke hostel.

Sama juga halnya dengan seorang pengguna Tiktok yang memuat naik videonya dengan muatan penuh barang-barang untuk pulang ke matrikulasi.

"Kena buang keluarga ke dik - netizen"

Apa yang mencuit hati netizen adalah video berdurasi 10 saat tersebut yang menunjukkan seolah-olah gadis tersebut membawa barangnya tanpa satu pon tertinggal di rumah.

Hal ini membuatkan netizen berseloroh dengan mengatakan bahawa gadis tersebut seperti telah dibuang keluarga dan lari dari rumah.

"Aku rasa dah kosong rumah dia"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan keadaan kereta yang terlampau padat dengan barang gadis tersebut. Ada netizen yang berseloroh dan bertanya adkah gadis tersebut telah mengosongkan rumahnyaa atau telah dibuang keluarga.

"Macam kena halau rumah je"

Ada juga netizen yang berseloroh dan mengatakan gadis tersebut seperti telah dihalau dari rumah.

"Kalau kalau dorm paling atas, 'pisyang' mat..."

Ada netizen yang berpengalaman duduk di asrama memberitahu jika gadis ini mendapat dorm paling atas, maka dia akan mengalami kesukaran untukmengangkat semua barang tersebut.

"Peti ais, mesin basuh tak bawak ke..."

Ada pula netizen yang terkejut dengan barang-barang yang diangkut pulang ke asrama oleh gadis ini. Malah, sempat berseloroh dan bertanya jika gadis ini ada membawa peti ais dan mesin basuh.

"Girls balik kolej be like"

Netizen yang terdiri dari golongan perempuan pula menyifatkan bahawa kelakuan ini sememangnya yang sering berlaku pada golongan perempuan yang bakal pulang ke kampus maisng-masing.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen