Berang tukang cat muncul di tingkap bilik tidur, wanita potong tali keselamatan pekerja

Oleh: Shasha Zack

Seorang wanita berbangsa Thailand berang apabila mendapati dua orang lelaki dipercayai tukang cat sedang melakukan kerja mereka di tingkap rumah wanita itu pada ketinggian 26 tingkat.

Nekad potong tali keselamatan

Kejadian yang dipercayai berlaku di kondominium di Bangkok, Thailand merupakan tempat tinggal wanita berkenaan yang nekad memotong tali keselamatan dua orang tukang cat tersebut kerana marah dengan pengurusan kondominuim yang tidak memaklumkan kerja-kerja tersebut akan dijalankan terlebih dahulu.

Rentetan dari kejadian tersebut, dua orang tukang cat tersebut tergantung di tingkat 26 sebelum berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat. Wanita tersebut pula dihadapkan kepada pihak polis atas tindakannya.

"Bakal dihadapkan dengan tuduhan membunuh..."

Ketua Polis Pak Ret, Pongjak Preechakarunpong dalam kenyataannya di portal sindonews, berkata wanita terbabit bakal berhadapan dengan tuduhan membunuh serta memusnahkan harta benda.

Namun begitu, Pongjak berkata motif wanita berkenaan masih belum diketahui cuma dia merasa geram dengan pihak pengurusan yang tidak memberi sebarang notis bahawa akan ada kerja-kerja mengecat dijalankan pada hari kejadian dan muncul pula dua orang pekerjadi tingkap biliknya.

Tiba-tiba tali rasa berat.

Kenyataan dari salah seorang tukang cat tersebut berkata dia dan rakannya telah turun ke tingkat 32 untuk membaiki keretakan bangunan tersebut. Namun tiba-tiba merasakan tali yang menyokong badannya berat di tingkat 30. Ketika dia menjengah ke bawah, ternyata ada seseorang dari tingkat 21telah memotong talinya.

Dengan segera, dia telah meminta tolong dari unit lain dan nasibnya baik apabila dibantu oleh Praphaiwan Setsing, penduduk setempat.

 

 

Hantar tali untuk ujian DNA

Pada awalnya, wanita yang diberkas tersebut tidak mahu mengakui kesalahannya. Namun, pihak polis tidak menyerah dan terus menghantar tali tersebut kepada pihak forensik untuk melakukan pengesanan cap jari serta DNA.

Apabila keluar keputusan, polis menunjukkan rakaman CCTV dan bukti forensik membuatkan wanita berusia 34 tahun itu mengakui perbuatannya tetapi tidak mengaku niat membunuh mereka timbul.

Suspek kemudian disabitkan di bawah cubaan membunuh. Sekiranya terbukti bersalah, bakal dikenakan hukuman penjara 20 tahun.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen