Kekasih mata duitan? Lelaki sanggup melutut minta peluang kedua dari teman wanita

Oleh: Zuzu Yasmine

Terkenal dengan ‘content’ menguji kesetiaan kekasih, saluran YouTube Bros Gang TV sentiasa meraih perhatian ramai terutama mengenai episod ‘Experiment Gold Digger’.

Kini, nama saluran YouTube ini sekali lagi menjadi sebutan netizen apabila video terbarunya mendapat perhatian ramai gara-gara seorang lelaki sanggup melutut pada kekasihnya.

Kekasih pernah kantoi curang.

Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Hafiz itu memilih untuk menguji kesetiaan kekasihnya adalah disebabkan wanita berkenaan pernah kantoi curang sebelum ini.

'Plan' YouTuber berjaya

Jika ditonton rakaman tersebut, dapat dilihat segala perancangan YouTuber berkenaan untuk menguji kesetiaan kekasih lelaki berkenaan berjaya. Sehinggalah mereka berjaya membawa wanita tersebut ke sebuah rumah, untuk menguji lebih lagi.

Kekasih buat tak kenal, sanggup melutut.

Di akhir video berkenaan, Hafiz muncul dan mempersoalkan perbuatan kekasihnya itu. Bagaimanapun, teman wanitanya buat-buat tidak mengenalinya malah lelaki berkenaan sanggup melutut kerana tidak sanggup dipelakukan sebegitu.

Lebih simpati lagi apabila wanita berkenaan mendakwa dia malu akan kekasihnya disebabkan kerja kilang dan tidak mempunyai duit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terutama wanita meluahkan rasa terkilan selain turut tumpang malu akan perbuatan itu.

Malah, mereka turut bersimpati akan lelaki berkenaan dan berharap dia bertemu dengan seseorang yang lebih baik serta menghargai dirinya.

"Aku sebagai perempuan tumpang malu..."

Lelaki tu layak dapat lagi baik

"Aku harap dapat lelaki macam tu..."

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen