Lelaki 'show off' susun duit, netizen tanya kenapa tak simpan dalam bank?

Oleh: Zuzu Yasmine

Menunjuk kolekasi wang simpanan bagaikan satu ‘trend’ mereka yang berada untuk menyakinkan orang ramai bahawa mereka ini sememangnya ‘berada’ dan kaya.

Tayang simpan duit dalam almari.

Baru-baru ini, tular video seorang lelaki menyimpan sejumlah wang di dalam almari telah menjadi perhatian warganet.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @tehblacktopay melabelkan tindakan lelaki tersebut sebagai menunjuk-nunjuk selain sebati dengan orang Melayu yang kaya.

“Most rich Malays have no class at all. Banyak cara lain yang lebih berhemah dan professional untuk counter soalan tu tapi cara ni juga dia nak.

“Typical rich Malays… well… bukan benda baru. Pernah tengok Jeff Bezos, Bill Gates, Mark Zuckerberg dan lain-lain buat macam ni?,” tulisnya.

Tak puas hati dengan pengikut TikTok.

Rakaman video berdurasi 23 saat itu memaparkan lelaki berkenaan sedemikian disebabkan salah seorang pengikut TikTok telah menuduh dirinya memiliki kereta pinjam.

“Eleh kereta pinjam je tu. Tak payah beria sangat la,” dakwa pengikut tersebut.

Kecewa akan tuduhan tersebut, lelaki berkenaan merakamkan aksinya yang sedangb menyusun duit dari sebuah beg masuk ke dalam almari tersebut.

“Ye saya tahu kereta pun pinjam, duit pun pinjam. Saya ni kuli je, seluar pun koyak. Tapi yang paling penting ilmu,” kata lelaki itu.

Susulan itu, rata-rata pengguna Twitter mempersoalkan mengapa lelaki berkenaan menyimpan wang di dalam rumah, malah ada juga yang meminta agar LHDN memeriksa lelaki tersebut.

Kenapa tak simpan dalam bank?

Duit tak boleh beli 'class' bang

'Clean money' selalu simpan dalam bank

Tolong siasat jap

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen