Hampir 'depression' gara-gara anak nangis tak berhenti, wanita panggil mak untuk pulihkan keadaan

Oleh: Shasha Zack

Anak-anak yang masih kecil sememangnya menjadi satu tanggungjawab yang besar buat ibu bapa.

Kadang-kadang, ada anak kecil yang kerap 'mengamuk' sehingga memberi kesan buruk buat ibu bapa dan akhirnya menyebabkan kemurungan.

Begitulah kisah dialami oleh seorang pengguna Tiktok, @nurhashimahadnan yang memuat naik satu video mengenai anaknya yang sedang menangis teresak-esak.

"Customer nak ambik order pukul 11, ni dah pukul 10..."

Video yang meraih 83 ribu tontonan itu menunjukkan ragam anak wanita tersebut yang menangis tak henti walaupon telah dicuba pelbagai cara untuk 'mendiamkannya'.

Malah, wanita itu turut menceritakan kekecewaanya kerana dia perlu menyiapkan pesanan pelanggan pada pukul 11 pagi. Namun, akibat anaknya meragam, dia masih belum mula membuat tempahan roti jala tersebut walaupon jam menunjukkan pukul 10.

"Celik mata memang taknak berenggang..."

Bercerita mengenai anaknya, wanita ini berkata dia agak terkejut dengan ragam kanak-kanak tersebut kerana ini adalah pengalaman pertamanya. Dia juga berkata anak keduanya ini tidak sama perangainya dengan anak pertama yang lebih mudah diuruskan.

"Ikutkan taknak susahkan mak..."

Menjelaskan situasi anaknya yang kuat meragam, wanita ini bersyukur kerana mempunyai ibu yang sangat membantu dan sentiasa ada di sampinya saat dia memerlukan. Hal ini telah membuatkan dia sangat berterima kasih kepada ibunya yang sentiasa datang ke rumah apabila anaknya semakin tidak terkawal.

"Saya faham.. stress gila rasa..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai netizen yang bersimpati dengan nasib yang dialami wanita ini. Malahan ramai yang memberi kata sokongan dan semangat agar wanita ini kekal tabah dan kuat mengharungi dugaan.

Ada netizen yang turut berkongsi pengalaman tentang anaknya yang turut meragam dan mengalami tekanan akibat dari itu.

"Mula-mula nak marah, tapi teringat isteri penat jaga anak..."

Terdapat juga netizen yang berkongsi keadaan isterinya yang menguruskan anak sehingga kadang-kadang mengabaikan urusan penjagaan rumah. Namun sebagai suami yang memahami, dia turut mengambil alih tugas menjaga anak kerana merasa kasihan dengan isterinya.

"Stay strong..."

da juga netizen yang memberi kata-kata semnagat buat wanita ini dan berdoa dikurniakan kesabaran yang tinggi.

"Tiba-tiba sebak tengok video sis..."

Tidak kurang juga netizen yang sebak dengan dugaan yang dihadapi wanita ini. Malahan dia turut berkongsi pengalamannya yang melalui hal sama sehingga mendatangkan tekanan buat dirinya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen