"Masa matriks jiran, masuk 'U' sebilik" - Bila kembar jadi 'roommate, asyik berkepit je!

Oleh: Shasha Zack

Pasangan kembar sering kali dilihat seperti belangkas. Ke mana sahaja mereka pergi, pasti akan bersama.

Begitu juga halnya dengan seorang pengguna Tiktok, @gasak_winzz yang memuat naik videonya bersama kembar yang memasuki universiti dan kebetulan mendapat kembarnya juga sebagai teman sebilik.

"Imagine your twin be your roomate"

Apa yang menarik perhatian netizen adalah kebetulan dan nasib yang menyebelahi mereka apabila kekal bersama meskipun telah memasuki universiti. 

Video yang meraih 54 ribu tontonan itu telah dihujani pelbagai reaksi dan komen dari netizen yang turut tidak dapat membezakan mereka gara-gara berpakaian sama.

"Kat rumah muka kau, kat sini pon muka kau"

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen yang terhibur dengan penempatan mereka sebagai teman sebilik di universiti. Malahan ada yang turut membuat satu dialog berseloroh tentang betapa bosannya melihat wajah masing-masing kerana kerap kali bersama.

"Bestnya ada kembar"

Tidak ketinggalan netizen yang turut mencemburui pasangan kembar ini dan berharap perkara sama terjadi kepada mereka.

"Ringan sikit beg. Semua boleh kongsi..."

Ada juga netizen yang berpendapat bahawa mereka boleh berkongsi semua barang bersama dan memberi manfaat buat masing-masing.

"Takde kawan takpe, janji siblings satu dorm..."

Terdapat juga netizen yang berkongsi pengalamannya yang berkawan dengan pasangan kembar juga dan mengatakan mereka memang akan melakukan semua perkara bersama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen