Tak rela pergi sekolah, gadis menangis teresak-esak sambil makan

Oleh: Shasha Zack

Seiring dengan zaman endemik kini, kita telah terbiasa dengan sesi bekerja dan pembelajaran secara virtual dengan hanya duduk di rumah.

Namun begitu, setelah berkuatkuasa undang-undang pembukaan semula sekolah, ramai 'adik-adik' yang nampaknya tidak bersedia kembali menimba ilmu secara fizikal kerana telah hampir 2 tahun belajar secara atas talian.

Begitulah yang dialami oleh adik kepada pengguna Tiktok, @irsyadizzuddin yang menangis kerana tidak mahu kembali ke sekolah.

"Adik aku menangis taknak pergi sekolah..."

Video yang dikongsikan itu mendapat 45.7 ribu tontonan dari warganet yang menyokong dan menyatakan mereka berkongsi kesedihan yang sama akibat tidak mahu menjejak kaki ke bangunan sekolah lagi.

"Ni mesti kes tak siap homework"

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai di kalangan pelajar sekolah turut merasakan hal yang sama. Mereka turut tidak bersedia untuk kembali kepada norma pembelajaran fizikal semula.

Malahan terdapat netizen yang berseloroh bahawa tangisan tersebut adalah kerana kerja sekolah yang diberikan oleh guru tidak disiapkan.

"Auto tak lalu makan"

Ada juga netizen yang berkongsi kerisauan untuk kembali ke sekolah sehingga tidak berselera untuk makan.

"I can feel her..."

Beberapa netizen juga turut menyokong perasaan gadis tersebut yang menangis tidak mahu ke sekolah kerana mereka turut merasa hal yang sama.

"Aku nangis mengalahkan budak tadika"

Ada juga netizen yang berkongsi keadaan dirinya yang menangis seperti kanak-kanak yang masih berumur 6 tahun gara-gara tidak mahu ke sekolah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen