"Kepulangan yang dinanti" - Setahun tak dapat balik, bapa menangis anak terlantar akibat kanser tulang

Oleh: Shasha Zack

Setiap keluarga semestinya menginginkan hidup bersama dalam suasana bahagia. Namun tidak semua orang bertuah dan berpeluang merasai pengalaman tersebut.

Itulah yang dilalui oleh keluarga Cik Puan Mas yang berkongsi kisah keluarganya yang terpisah selama setahun antara anak dengan bapanya.

"Akhirnya daddy dapat balik..."

Menerusi video yang dikongsi @cikpuanmas di akaun Tiktoknya, menunjukkan suaminya yang sebak melihat keadaan anak mereka yang terlantar sakit akibat kanser tulang.

Cik Puan Mas juga berkata melalui kapsyennya bahawa kepulangan suaminya adalah sangat dinantikan memandang mereka telah terpisah selama satu tahun dan akhirnya dapat peluang untuk pulang ke rumah menjenguk anak mereka yang sedang bertarung dengan penyakit kanser.

"Kepulangan yang dinanti. Setahun berpisah akhirnya daddy dapat balik"

"Doakan anak sis diuji dengan kanser tulang"

"Jatuh juga air mata seorang ayah..."

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang turut tersentuh melihat keadaan anak pasangan ini. Malahan ada netizen yang memahami perasaan seorang bapa yang sedih melihat keadaan anak bertarung nyawa melawan penyakit.

"Anak sulung saya pernah diuji dengan kanser tulang, kita sebagai ibu rasa dunia gelap..."

Terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman menghadapi anak sulung yang turut sama menghidap kanser tulang. Dia juga berkata keadaan anaknya yang menangis teresak-esak membuatkan dunianya seakan gelap.

"Any supplement reccomend by people, please consult doctor..."

Terdapat juga netizen yang prihatin dengan berpesan untuk sentiasa menyemak status vitamin atau makanan tambahan yang dicadangkan oleh kenalan supaya tidak ada sebarang masalah akan datang.

"Saya nangis teruk, semoga sihat selalu..."

Segelintir netizen yang menonton juga meluahkan rasa sedih meihat keadaan anak Cik Puan Ma yang terlantar. Malahan mereka mendoakan agar anak pasangan ini kembali sembuh.

"Kena fikir positif dan jangan putus asa berubat..."

Ada juga netizen yang mendorong kata-kata semangan buat keluarga ini agar penyakit yang dialami lebih mudah sembuh.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen