Teman lelaki tegur tudung nampak leher sampai gadis terdiam - "Kena sound 'setepek'"

Oleh: Shasha Zack

Rata-rata netizen kini mengetahui trend video 'Awek kau cantik?... Lemah' sehingga setiap hari ada sahaja video baru yang akan keluar.

Tular baru-baru ini video yang dihasilkan oleh @yourwarr menyuruh golongan lelaki untuk mencari pasangan memakai cermin mata menggunakan video trend tersebut.

"Memang tak reti tutup aurat.. Hahaha"

Video yang meraih tontonan 109.6 ribu dari netizen itu mencuri tumpuan gara-gara @sykrfd yang berani menegur hijab kekasihnya yang nampak leher.

"Kalau korang nak awek cantik, carilah yang pakai spec. Barulah cantik!"

Selesai berkata-kata, tanpa disangka teman lelaki gadis tersebut menyambung dengan dialog video trending itu sehingga membuatkan gadis tersebut terdiam.

"Awek kau cantik? Pakai tudung nampak leher tak? Nampak? Memang tak reti tutup aurat"

"Respect lelaki tu berani tegur awek dia..."

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang 'respect' dengan cara teman lelaki itu menegur pasangannya kerana tidak ramai yang berani menegur dengan cara itu.

"Sometimes this kind of joke boleh ubah hidup seseorang..."

Ada juga netizen yang berpendapat tindakan lelaki berkenaan menegur teman wanitanya akan menimbulkan kesedaran gadis tersebut walaupon ianya satu gurauan.

"Setepek depan muka..."

Terdapat juga netizen yang terhibur dengan teguranlelaki tersebut malahan memuji tindakannya yang berani itu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen