"Excited sangat member..." -Insiden jatuh 'slowmo' masa rakam bilik hotel cuit hati netizen

Oleh: Shasha Zack

Ramai yang tidak melepaskan peluang bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan apabila sektor perlancongan yang kembali dibuka.

Keterujaan itu turut dirasai oleh sekumpulan lelaki yang merancang percutian bersama di sebuah bilik hotel mereka.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah gelagat salah seorang lelaki tersebut yang jatuh secara sangat sopan dan 'slowmo' ketika sedang merakam bilik hotel mereka.

"Excited sangat member"

Video yang meraih 57.9 ribu tontonan itu menunjukkan keterujaan mereka berakhir dengan insiden mencuit hati apabila rakan mereka terjatuh lantas ketawa tanpa henti.

"Gelak dulu baru tolong..."

Susulan dari video itu, satu lagi video dimuat naik dengan pengakuan bahawa mereka berhabisan mentertawakan dahulu kemudian baru menghulurkan bantuan kepada kawan yang jatuh itu.

"Dia punya jatuh sangat smooth..."

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki berkenaan. Malahan ada yang menegur cara lelaki tersebut jatuh terlampau sopan dan 'smooth' sehingga membuatkan netizen pecah perut. 

"Malang tak berbau..."

Ada juga yang meninggalkan komen dengan pesanan untuk sentiasa berhati-hati dan elakkan menggunakan telefon bibit sewaktu sedang berjalan.

"Jatuh sendiri gelak sendiri"

Terdapat juga netizen yang terhibur dengan gelagat lelaki berkenaan yang menggelakkan gelagat sendiri jatuh.

"Jatuh slow tapi buat kuat..."

Tidak ketinggalan beberapa netizen yang sedar akan bunyi seakan-akan meletup terhasil daripada insiden jatuh tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen