Belum sempat 'rehat', wanita kongsi cerita mengandung lagi walau anak baru 2 tahun

Oleh: Shasha Zack

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan zuriat sebagai penyeri rumah tangga. 

Lain pula halnya dengan seorang wanita yang terlalu 'laju' menimang cahaya mata meskipun anaknya kini baru berusia 2 tahun.

"Guys macam mana ni..."

Berkongsi ceritanya di laman Tiktok, @syamimizahar1 telah merakam video anaknya yang baru berusia 2 tahun dan nampaknya bakal menimang seorang anak lagi setelah ujian kehamilan yang dilakukan positif.

Video yang berdurasi 15 saat itu mendapat 50.8 ribu tontonan netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada wanita tersebut.

"Bestnya awak subur sangat tu..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan rezeki anak yang diterima oleh wanita ini.

Ada juga yang turut berkongsi kegembiraan bakal menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

"Kalau stress jangan lepaskan ke anak sulung..."

Bukan itu sahaja, ada netizen yang memberi pesanan buat wanita ini supaya mengawal tekanan dan bersedia mental dan fizikal apabila menjaga dua anak kecil dalam satu masa.

"Lepas beranak kena pantang 100 hari..."

Segelintir netizen yang pernah mengalami perkara sama juga menceritakan keadaan mereka yang dimarahi oleh jururawat akibat tiada perancangan keluarga.

Malahan, mereka juga berkata sepatutnya selepas bersalin, para ibu haruslah berpantang 100 hari supaya jahitan tidak terbuka.

"Next time pakai perancang ya dear..."

Netizen yang prihatin akan masalah wanita ini memberi semangat dan pesanan untuk mengamalkan perancang untuk masa depan yang lebih baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen