Peguam jelaskan kenapa tertuduh kes Zulfarhan tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati

Oleh: Shasha Zack

Berita mengenai enam suspek kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan Osman yang terlepas hukuman tali gantung ternyata menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat terutama sekali yang mengikuti perkembangan kes arwah sejak 4 tahun lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia 25 tahun didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat dan dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah ada kuasa menggantikan 302KK yang gagal dibuktikan kepada 304KK, maksimum 30 tahun penjara

Keputusan mahkamah ternyata menimbulkan persoalan ramai pihak yang menganggap hukuman tersebut tidak adil.

Terpanggil merungkai persoalan tersebut, seorang peguam terkenal di Twitter, Sir Kamarul mendedahkan bahawa meskipun terlepas tali gantung, mereka akan tetap dikenakan hukuman setimpal denggan kesalahan.

Beliau juga berkata, mahkamah ada autoriti menggantikan 302KK yang gagal dibuktikan kepada 304KK yang membawa hukuman 30 tahun maksimum penjara dan denda.

6 tertuduh memang bersalah menyebabkan kematian arwah, namun tidak meyakinkan hakim bahawa adanya niat membunuh

Sir Kamarul juga menjelaskan bahawa enam suspek memang bersalah, namun terlepas hukuman yang termaktub dalam 302KK kerana kesalahan mereka tidak meyakinkan Hakim Mahkamah Tinggi  bahawa adanya niat sengaja untuk membunuh. 

Timbalan Pendakwa Raya boleh buat rayuan untuk cabar keputusan hakim

Meskipun begitu, ada satu-satunya pilihan terakhir yang boleh dilakukan untuk mencabar keputusan Hakim mahkamah Tinggi tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya haruslah mengambil inisiatif untuk merayu kes ini dibawa ke Mahkamah Rayuan Putrajaya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen