"Jurulatih membabi buta percaya arwah Zulfarhan kena letupan, tak bijak langsung..." - Hakim

Oleh: Shasha Zack

Hakim Mahkamah Tinggi mengeluarkan kenyataan bahawa jurulatih arwah Zulfarhan sebagai seorang yang tidak bijak kerana membabi buta percaya pada berita yang tidak sahih.

"Jika jurulatih guna akal, mungkin arwah boleh diselamatkan."

Memetik dari laporan Sinar Harian, Hakim, Datuk Azman Abdullah turut berkata jika tindakan awal diambil, dan jika jurulatih tersebut menggunakan akal, pastinya Pegawai Kadet Lanun UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain boleh diselamatkan.

Beliau berkata lagi, jurulatih berkenaan bertindak kurang bijak kerana menyebarkan surat layang yang diterima melalui aplikasi Whatsapp tanpa menyiasat terlebih dahulu.

Malahan, perkara sama berlaku jika ada campur tangan doktor dari klinik swasta yang didatangi mangsa dan tertuduh.

"Terlalu membabi buta dengan percaya mangsa terlibat dengan letupan..."

Hakim berkata lagi, tindakan jurulatih yang membabi buta percaya pada cerita yang kurang berasas merupakan salah satu asbab kematian ini berlaku.

"Kebiasaannya pihak hospital atau klinikkesihatan akan menghubungi polis jika mengesyaki pesakit didera."

"Bukan membabi buta percaya mangsa terlibat dengan letupan dalam latihan sehingga terkena semua anggota tubuh termasuk alat sulit kecuali muka."

Hukuman dijatuhkan untuk memberi rasa takut dan perit

Menerusi Sinar Harian, sebelum hukuman diputuskan, ianya adalah untuk memberi rasa takut dan perit kepada pelaku termasuk masyarakat untuk dijadikan sebagai iktibar.

Melihat kepada jasad Zulfarhan, tidak tergambar kesakitan yang ditanggung oleh arwah akibat seterika wap yang ditekapkan pada kulit di seluruh anggota badannya termasuk alat sulit. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen