Pasangan suami isteri PJJ menangis berpelukan selepas 11 bulan tak jumpa

Oleh: Shasha Zack

Semua yang sudah mendirikan rumah tangga pastinya tidak boleh berenggang dengan pasangan masing-masing. 

Begitulah yang berlaku pada pasangan PJJ, Aisyah Raz dan Al Amin yang berjauhan selama 11 bulan kerana tuntutan kerja.

Berjauhan sebab kerja di Arab Saudi

Pasangan ini difahamkan terpaksa berjauhan atas sebab masing-masing perlu melaksanakan tanggungjawab dalam pekerjaan. Wanita ini merupakan seorang jururawat yang ditugaskan di salah sebuah pusat perubatan di Arab Saudi.

"Terima kasih tunggu saya abang..."

Video yang tular di laman Tiktok ini menunjukkan @RRAA yang tiba di lapangan terbang, lantas memeluk suaminya sambil menangis kerana sebak menanggung rindu selama 11 bulan. 

"I LOVE YOU"

Al Amin yang memegang bunga nampaknya turut sama menitiskan air mata dan memeluk erat isterinya itu.

Kapsyen ringkas yang ditulis oleh Aisyah, "I love you" itu nampak padat dan penuh dengan kerinduan buat suaminya.

"Hanya orang pegang title PJJ je faham..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai yang turut tersentuh melihat pertemuan semula wanita ini bersama suaminya.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman pernah melalui pengalaman PJJ bersama suami di mana pasangannya berada di Pakistan.

"Tabik spring kat sis..."

Ramai juga netizen yang kagum dengan ketabahan mereka kerana sanggup untuk PJJ selama tempoh tersebut. 

"Kuatnya orang yang PJJ kan..."

Ada juga yang berkongsi pengalaman baru 2 minggu berjauhan dari pasangan pon sudah tak senang duduk, apalagi untuk tempoh hampir setahun.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen