Tersentuh tengok pakcik tak jadi beli, wanita 'offer' nak bayar semua - "Ambil je apa pakcik nak, saya belanja."

Oleh: Shasha Zack

Jika kita ditakdirkan mempunyai harta dan rezeki lebih, kita hendaklah saling membantu orang-orang yang memerlukan di sisi kita.

Begitulah contoh tauladan yang dipraktikkan oleh seorang pengguna Tiktok, @fitry.care dalam membantu seorang pakcik yang memerlukan.

"Ambil la pakcik, saya belanja."

Menerusi video yang mendapat 476 ribu tontonan itu menunjukkan wanita tersebut sedang berjalan dan ternampak seorang pakcik yang sedang melihat-lihat satu barang di sebuah kedai.

Namun, selepas melihat tanda harga, pakcik itu lantas meletakkan barang tersebut dan menyorong basikal untuk pergi.

Wanita ini terus menyapa pakcik tersebut dan memintanya untuk mengambil apa sahaja yang diinginkan serta menawarkan untuk membayarnya.

"Jangan segan ya pakcik."

Wanita yang berjiwa mulia ini meyakinkan pakcik tersebut untuk mengambil apa sahaja yang diinginkan. Meskipun pakcik meluahkan rasa segan, namun @fitry.care terus membeli malah siap memilih selipar baru untuk dipakai oleh pakcik.

Tidak berakhir di situ, kebaikan wanita ini diteruskan dengan membelikan makanan dan menghulurkan sejumlah wang sebelum pakcik berlalu pergi.

 

"May Allah bless your life sister..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat video yang dikongsikan oleh wanita ini. Malahan mereka turut memuji kebaikan dan mendoakan agar wanita ini dipermudahkan urusannya.

"Buat content bukan untuk menunjuk, tapi buka mata orang yang menonton..."

Ada juga netizen yang terharu dengan tindakan wanita ini menolong pakcik tersebut dan memuat naik video di Tiktok untuk tujuan membuka mata masyarakat agar sentiasa bersikap baik dan bantu-membantu.

"Thankyou for doing this.."

Malahan, rata-rata netizen turut berterima kasih kepada @fitry.care atas kebaikan yang dibuat.

"Kalau semua orang baik macamni, takkan ada orang susah..."

Terdapat juga netizen yang berpendapat jika semua orang bersikap baik seperti ini, pastinya lebih ramai golongan susah yang boleh dibantu dan terbela nasibnya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen