Baru lahir anak pertama, suami kantoi curang, terus ceraikan isteri, rujuk semula selepas sebulan

Oleh: Shasha Zack

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan kebahagiaan dan keharmonian yang berpanjangan.

Namun begitu, tak semua orang bertuah. Apabila bergolaknya rumah tangga kerana orang ketiga, pastinya merupakan mimpi ngeri yang tak akan dapat dilupa.

Adanya orang ketiga

Perkongsian seorang pengguna Tiktok, @ctkrmh menceritakan suaminya mula berubah sejak adanya orang ketiga dalam hubungan mereka. 

Lebih menyayat hati, wanita tersebut baru sahaja melahirkan anak pertama mereka dan diceraikan selepas itu.

Sedar khilaf, rujuk semula

Selepas hampir sebulan lebih berpisah, bekas suami mula sedar akan kesilapannya dan meminta untuk rujuk semula. 

Memikirkan anak yang masih kecil, wanita ini bersetuju untuk bersama kembali.

"Kepada penyondol tu harap bertaubat..."

Menerusi kapsyen yang ditulis, wanita ini dilihat memberi amaran buat orang ketiga yang pernah merosakkan hubungan dia dan suami.

"Saya harap perempuan tu dah taubat untuk ganggu rumah tangga orang, dan satu lagi awak takde hak untuk takut dan cemburu bila diajumpa anak bini dia."

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen