"Dulu masa kecik mandi parit sama-sama.." - Geng makcik 'enjoy' mandi kolam buat 'pelampung ' pakai kain batik

Oleh: Shasha Zack

Hubungan kekeluargaan yang indah pastinya yang sering melayan segala kelakuan dan perangai masing-masing.

Begitulah hubungan mesra yang dapat dilihat dalam sebuah perkongsian video Tiktok, @hanieysuhani yang menyaksikan ibunya dan beberapa orang makcik yang layan sedang 'me time' bersama di kolam renang.

"Bila mak kau lama tak beraksi..."

Apa yang menarik perhatian netizen adalah geng makcik tersebut yang membuat 'pelampung' dari kain batik masing-masing sebelum terjun ke dalam kolam renang bersama.

Keembiraan mereka jelas terpancar di wajah masing-masing ketika sedang melakukan aktiviti mandi kolam tersebut.

"Wah nanti boleh try buat ni"

Tinjauan ke ruangan komen menunjukkan rata-rata netizen turut sama terhibur dengan gelagat makcik-makcik tersebut. Malahan ada yang mahu mencuba sendiri pelampung buatan kain batik tersebut kelak.

"Mak saya, makcik saya pon macam ni."

Malahan ada juga netizen yang mengakui bahawa kelakuan ibu wanita ini sama dengan ibu dan makciknya juga.

"Dulu selalu macam tu masa kecik-kecik..."

Ada juga netizen yang berkongsi cerita bahawa pernah juga melakukan hal yang sama sewaktu kecil dahulu.

"Macm tu rupanya cara dia..."

Tidak kurang juga yang kagum dengan inovasi makcik-makcik tersebut yang boleh menukar kain batik kepada pelampung.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen