Tersandar lemah sebelum meninggal, warga emas sempat bertanya - "Bolehkah Muslim bertemu Rasulullah?"

Oleh: Shasha Zack

Jodoh dan kematian adalah rahsia Allah. Tiada seorang manusia pon mengetahui bilakah dirinya akan pergi menghadap Ilahi.

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Robby Darwis yang memuat naik video seorang warga emas meninggal dunia selepas mendengar jawapan dari ustaz mengenai soalannya, bolehkah Muslim bertemu Rasulullah.

Terbaring lemah dikelilingi rakan-rakan

Warga emas tersebut, Hamdan Adat terbaring dalam keadaan tak sedarkan diri dikelilingi sahabat-sahabat sepengajiannya di masjid di Indonesia.

"Khusyuk mendengar jawapan sebelum hembus nafas terakhir..."

Menerusi video beserta kapsyen yang dikongsikan, difahamkan arwah Hamdan sempat mendengar jawapan Ustaz Muhyiddin dengan khusyuk sebelum dia tersandar lemah dan terbaring di situ.

"Innalillah.. Semoga Khusnul Khotimah..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan jasad Hamdan ditempatkan dalam golongan Husnul Khotimah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen