'Prank' suami curang dengan isteri, hukumnya Haram! - Mufti WP

Oleh: Shasha Zack

Budaya 'prank' dalam kalangan rakyat Malaysia kini bukan sesuatu yang asing lagi. Kalau dahulu, hanya dengan tujuan untuk buat kejutan, gurauan atau suka-suka, namun kini terkadang konten 'prank' itu sendiri nampaknya sudah melebih-lebih.

Terbaru, menurut perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman Facebook, ada individu yang mengajukan soalan mengenai hukum 'prank' suami curang dengan isteri sehingga mengakibatkan mangsa diserang anxiety kerana terkejut dengan situasi itu.

"Isteri anxiety sebab tak anggap itu gurauan..."

Soalan yang diajukan oleh individu tersebut berkisar tentang kisah suami yang 'prank' isterinya dengan buat-buat curang. Namun isteri tersebut mengalami trauma seumur hidup dan anxiety semasa kejadian. 

"Hukumnya haram kerana melanggar batasan syariah..."

Menerusi artikel Irsyad Fatwa dalam laman Pejabat Mufti WP, jawapan kepada soalan tersebut adalah haram kerana ianya adalah gurauan secara berlebihan dengan cara menipu dan mereka cerita palsu.

"Suami tidak patut bergurau atau menipu dengan menyakiti emosi isteri..."

Sehubungan dengan itu, memetik beberapa surah yang menjelaskan tentang hukum ini, ternyata Islam sendiri melarang untuk membuat sebarang penipuan yang boleh mengguris hati dan emosi isteri.

"Haram hukumnya jika suami atau isteri menyakiti pasangannya.

Dapat disimpulkan bahawa perbuatan prank pura-pura curang ini sememangnya haram dan boleh mengakibatkan keadaan mental dan emosi mangsa menjadi buruk.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen