Sebak! Bapa kandung berhenti separuh jalan, ajak ayah tiri pegang anak perempuan melalui 'aisle'

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai video seorang wanita sedang melalui 'aisle' dalam upacara perkahwinannya. 

Apa yang meruntun emosi netizen adalah, wanita bertuah tersebut dipimpin oleh bapa kandungnya, namun berhenti di setengah jalan untuk turut sama dipimpin oleh ayah tirinya.

Ayah kandung tarik tangan bapa tiri, sama-sama pimpin anak perempuan

Video tersebut yang mendpat perhatian ramai netizen dari dalam dan luar negara menunjukkan wanita tersebut diapit oleh kedua ayah kandung dan bapa tirinya melalui 'aisle' perkahwinannya sebelum tiba di pelamin.

"Dua-dua dah jalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai netizen yang tersentuh dengan tingkah laku bapa kandung wanita tersebut yang langsung tidak teragak-agak mengajak ayah tirinya bersama-sama menemani anak perempuan mereka. 

Malahan tindakan bapa kandung tersebut membuatkan dia digelar lelaki sejati.

"Hanya lelaki baik yang mampu buat macamtu..."

Rata-rata netizen turut mengatakan bahawa ayah kandung wanita tersebut merupakan seorang lelaki budiman. Ada yang mengatakan bahawa wanita tersebut beruntung mempunyai bapa tersebut malahan bangga.

"Detik yang sangat ini buat saya menitiskan air mata..."

Rata-rata netizen yang menonton turut meninggalkan komen bahawa mereka tersentuh dengan kejadian ini. Bagi mereka, situasi yang berlaku sangat indah dengan hati suci seorang bapa yang menyayangianak perempuannya dengan tulus.

"Mesti dia adalah bapa tiri yang hebat. Respect!..."

Segelintir netizen juga turut memuji bapa tiri tersebut dan menganggap bahawa dia merupakan bapa yang hebat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen