Wanita menangis kat tangga, kecewa suami kata dah tak cantik & menarik macam perempuan lain

Oleh: Shasha Zack

Siapa yang tidak sedih jika pasangan sendiri menjatuhkan semangat dan downgrade diri mereka?

Itulah yang dialami oleh seorang wanita yang kecewa dengan dikutuk oleh suami sendiri kerana tidak pandai melaram.

"Dia cakap suami kata dia tak cantik..."

Menerusi perkongsian @emy_easley di laman Tiktoknya, merakamkan seorang wanita yang sedang menangis teresak-esak sambil duduk di tangga. Pemilik akaun ini menceritakan apa yang berlaku di mana wanita yang sedang menangis ini kerana dikecewakan suaminya.

Dia sedih dan menangis apabila dikutuk dan dihina suami sendiri kerana tidak menarik seperti perempuan lain.

"Kejadian siang tadi. Dia cakap suami dia kata dia tak cantik, tak menarik macam perempuan lain. Memang ada ke lelaki macamni zaman sekarang."

"Sedangkan dia banyak berkorban untuk suami dia sampai diri sendiri tak pon tak sempat nak urus."

 

"Dik jangan macamni dik. Jom ikut akak..."

@emy_easley yang simpati dengan keadaan wanita ini lantas mengajaknya naik untuk di 'makeover' supaya lebih cantik dan menarik sepertimana diinginkan suami wanita itu.

Menerusi kapsyen di Tiktok, Emy difahamkan turut merasa tertekan dengan penderitaan wanita itu dan bertekad untuk mengubah penampilannya.

"Nak bini cantik, kena bagi duit untuk cantikkan bini..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan perangai suami wanita berkenaan. Jika menginginkan isteri yang cantik, maka suami yang sepatutnya melabur untuk isteri mereka. Bukan hanya mengharapkan isteri cantik tanpa ada sumbangan dari suami.

"Pernah alami... ex suami ceraikan saya sebab tak cantik, gemuk..."

Ada juga netizen berkongsi pengalaman dicurangi ketika dia sedang mengandung. Hal ini kerana pada waktu itu dia sedang gemuk dan sudah tidak menarik di mata suaminya.

"Nakbini lawa tapi tak support..."

Segelintir netizen juga menyatakan rasa simpati pada wanita malang ini dan mengatakan suami yang tida mahu menyokong isteri cantik dan hanya tahu untuk merungut sahaja. 

"Si jantan macam ni pandainak kutuk isteri, muka sendiri macam periuk..."

Tidak ketinggalan, seorang Tiktok famous turut meninggalkan komen yang geram dengan tingkah laku suami begini. Katanya, hanya menginginkan isteri serupa model namun diri sendiri tidak begitu kacak.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen