"Kanser adalah kanser, takde orang yang buat..." - Sukarelawan 'nasihatkan' ibu ini cetus perdebatan ramai

Oleh: Shasha Zack

Menziarahi orang yang sakit sememangnya mempunyai adab dan cara bercakap yang betul agar tidak mengguris hati pesakit.

Terbaru, tular baru-baru ini seorang wanita yang bergiat aktif dalam usaha untuk menjenguk dan menyantuni pesakit kanser, Zuraini Kamal.

"Kanser adalah kanser..."

Video yang mendapat sebanyak 13.5 ribu tontonan itu merakamkan Zuraini yang membidas kata-kata ibu pesakit kanser tersebut dengan mengatakan bahawa tiada istilah 'buatan orang' untuk penyakit kanser.

Memetik percakapan ibu pesakit, dia hanya memberitahu pendapatnya mengenai keadaan anaknya yang seperti terkena buatan orang.

Namun, Zuriani pula membidas dengan mengatakan anak wanita itu bukanlah Perdana Menteri sehingga orang dengki dan terkena buatan orang.

"Depa kata orang buat.. ", kata ibu pesakit.

"Takde.. Takde.. Kanser adalah kanser, takde kanser orang buat."

"Percayalah pada kanser, takdenya orang buat."

"Orang nak buat, buat apa? Kalau Perdana Menteri takpe orang buat", kata Zuraini.

@zurainikamalcsm KANSER adalah Penyakit yang boleh dirawat! Kanser bukan Hukuman Tuhan dan Bukan Penyakit Buatan Orang #CancerSurvivorsMalaysia ♬ original sound - zurainikamalCSM

"Takpayah pergi rumah orang kalau nak sakitkan hati orang."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai netizen yang tidak setuju dengan cara percakapan Zuraini kerana seolah olah dia memperkecilkan wanita dan anaknya yang menghidap kanser tersebut.

Netizen juga berkata, belum kena pada batang hidung sendiri, jadi hanya orang yang pernah mengalami yang tahu bagaimana raanya.

"Tak boleh cakap elok-elok ke.. Tak jaga perasaan orang langsung..."

Segelintir netizen juga turut bengang dan menegur cara Zuraini bercakap dengan ibu pesakit tersebut.

"Nak didik, biarlah bahasa lebih halus..."

Mereka juga mengatakan, tidak salah untuk menegur dan mendidik pesakit kanser untuk percaya pada penyakit, namun biarlah dengan bahasa yang sopan.

"Better dia tegur macam tu..."

Ada juga netizen yang menyokong cara Zuraini bercakap kerana takut-takut teori buatan orang itu adalah fitnah semata-mata.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen