"Niat hati nak minum kopi, sekali jatuh bawah daa." - Lelaki 'kecundang' lepas salah pegang kayu reput

Oleh: Shasha Zack

Malang tak berbau. Itulah yang dialami oleh @Jaafar Abu bakar dalam satu perkongsiannya di Facebook mengenai 'kejatuhannya' di titi sebuah kedai makan.

Pemuda dari Pontian ini berkongsi cerita sekadar ingin minum kopi di sebuah kedai namun tutup dan bertukar rancangan terus ke sebuah restoran tepi laut.

Belum sampai kedai dah jatuh bawah..

Malangnya, belum sampai ke restoran tersebut, pemuda ini tersalah pegang salah satu kayu reput titi menuju ke kedai makan lantas jatuh ke bawah.

"Siapa siapa nak ke sini baik baik ya..."

Pemuda ini yang telah jatuh, tampak selamba dengan kejadian yang menimpa malah sempat tersenyum mengambil gambar. Dia turut memberi peringatan kepada sesiapa yang ingin datang ke restoran tersebut supaya berhati-hati.

"Kayu titian ke kedai Pak Atan dah reput. Siapa-siapa nak ke sini baik-baik ya..Jangan pegang kayu titian tu yaa..."

"Peh tingginya, Alhamdulillah selamat..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pemuda ini. Mana taknya, jika orang lain pasti sudah merah padam menahan malu. Namun pemuda ini masih tenang tersenyum.

"Seram kalau ada kayu balak terpacak..."

Ada juga yang berfikir jika ada kayu balak terpacak, maka akan membahayakan nyawa. Namun netizen memanjat kesyukuran kerana pemuda ini selamat.

"Belanja dia please..."

Terdapat pula netizen yang berseloroh dengan keadaan yang menimpa pemuda ini agar tuan kedai membelanjanya sebagai ganti rugi.

"Kau memang rare dik..."

Segelintir netizen memuji sikap pemuda ini yang tenang dan tidak marah pada tuan kedai. Mereka juga berkata jika hal ini terjadi pada orang lain, pastinya ianya menjadi memori yang memalukan, namun tidak bagi pemuda ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen