'Birthday girl' emo kek mahal tapi buruk - "Kalau tak mampu buat cakap!"

Oleh: Shasha Zack

Sambutan hari jadi sememangnya tak lengkap tanpa kek. Ada yang sanggup menempah dengan harga mahal asalkan kek yang diinginkan menjadi kenyataan.

Lain pula halnya dengan @murnialvathea yang memuat naik video kekecewaannya tentang kek yang dipesan tidak seperti yang digambarkan.

"Malam tu juga rasa nak lempar kek ke rumah seller!..."

Kecewa dengan kek yang sampai, wanita ini nampak 'badmood' sekaligus merosakkan suasana sambutan hari lahirnya sendiri.

Malah, dalam video tersebut dapat dilihat wanita ini yang 'memancung' leher angsa di atas kek tersebut dan mengatakan ingin melemparnya ke rumah seller malam itu juga.

"Nilai aja sendiri..."

Susulan dari itu, ramai yang meminta wanita ini memberi gambaran awal design kek yang diminta. Lantas, wanita ini terus memuat naik satu video yang mempunyai gambaran asal kek yang dipesan dengan kek yang sampai pada hari ulang tahun kelahirannya. 

"Lihat sendiri hasilnya..."

Ramai netizen yang prihatin, turut sama menyatakan rasa kesal melihat kek yang sampai tidak seperti yang diminta wanita ini. Malahan, mereka menggelar kek tersebut 'kek palsu' kerana ianya sememangnya berlainan dengan gambar yang diberi sebagai rujukan.

 "Memang kecewa. Kalau aku pon spoil habis...

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kekecewaan yang dirasai oleh wanita ini. Lebih-lebih lagi dengan harga yang mahal, seller sepatutnya jujur dan beritahu lebih awal jika tidak mampu menyiapkan seperti yang diidamkan.

"Orang complain tak bersyukur ni memnag tak pernah merasa.."

Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang menyelar wanita ini dengan mengatakan dia tidak bersyukur dan sepatutnya menerima sahaja dengan redha.

Ada netizen yang mengeluarkan pendapat bahawa sesiapa yang mengecam wanita ini, mereka tidak berada di situasi tersebut dan tidak pernah medapat kek yang buruk pada sambutan hari penting dalam hidup.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen