"Kenyang seminggu.." - Tak lokek bagi nasi selambak, moga murah rezeki 'owner' kedai

Oleh: Shasha Zack

Baru-baru ini tular tentang sebuah kedai makan di Padang Jawa yang menghidangkan menu mereka dengan kuantiti yang extra banyak.

Perkongsian dari @amirulrahimxyon tentang keterujaan mereka apabila memesan menu dari kedai tersebut yang menghidangkan nasi goreng 'bukit' menarik perhatian netizen.

"Moga murah rezeki owner meniaga..."

Menerusi video ini, lelaki ini dengan beberapa orang rakannya difahamkan makan tengahari di kedai tersebut dan terkejut dengan kuantiti hidangan satu pinggan nasi sama seperti 3 orang makan.

"Dia punya level pemurah tu lain macam ya..."

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut terpegun dengan kuantiti nasi yang dihidangkan. Malahan ada yang berkata, kuantiti sebanyak itu boleh memberi makan dua keluarga dari sebelah ibu dan ayah.

"Bagus owner kedai buat lebih niat sedekah..."

Ada netizen yang memuji pemilik kedai tersebut kerana bersedekah sambil berniaga.

"Kedai ni memang terkenal dengan nasi yang banyak..."

Terdapat juga netizen yang berkongsi kemasyhuran kedai ini yang sememangnya menghidangkan semua menu mereka serba banyak. Walaupon banyak yang dimasak, namun masih sedap.

"Satu pinggan tu boleh share bertiga..."

Ada netizen yang berkongsi pengalaman pernah menjamu selera di sana dan mengatakan bahawa satu pinggan boleh dikongsi bersama 3 orang.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen