Lumur 'foundation' nak samakan tona kulit, cara kerja MUA dipertikai. -"Jem otak aku tengok..."

Sudah menjadi tanggungjawab jurusolek untuk memastikan bakal pengantin berseri di hari istimewa mereka walau berdepan dengan pelbagai halangan sekalipun.

Melihat pelanggan tersenyum dan berpuas hati dengan sentuhan mereka pastinya memberi kepuasan buat jurusolek.

Cara kerja MUA dipertikai

Itulah yang turut diusahakan oleh wanita ini, namun siapa sangka cara kerjanya menjadi pertikaian dalam kalangan netizen selepas dia memuat naik videonya di platform Tiktok.

 

Lumur 'foundation' dekat tangan pengantin

Dalam perkongsian itu, dia dan timnya sedang dalam usaha ingin menyamakan tona kulit tangan pengantin dengan tona mukanya kerana mengalami sedikit perbezaan dan mungkin akan memberi kesan apabila di hadapan kamera.

Jadi, dia menggunakan 'foundation' dengan jumlah yang banyak semata-mata untuk perkara itu sebelum ditambah dengan bedak dan item yang lain.

"Kan ada losyen pemutih"

Rata-ratanya menganggapnya sebagai pembaziran kerana terdapat banyak lagi cara lain untuk membaiki warna tona kulit tersebut termasuklah dengan menggunakan krim pencerah.

 

"Tak boleh ke hargai warna kulit?"

"Jenuh nak solat nanti"

Namun, tak kurang juga yang mempersoal keadaan pengantin sewaktu majlis nanti apabila perlu berdepan dengan tetamu yang sesak, panas dan pastinya akan berpeluh.

 

"Tak lekat kat sudu ke?"

"Habislah kalau berpeluh"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen