Kedai makan depan mata, 'rider' kongsi ragam pelanggan - "Order paling dekat aku pernah dapat..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak dinafikan ketika ini pelbagai jenis hidangan boleh didapati di hujung jari sahaja. Malah tidak perlu keluar rumah namun makanan itu akan dihantar kepada pelanggan.

Bagaimanapun lain pula dengan gelagat seorang pelanggan Foodpanda ini apabila membuat pesanan yang kurang masuk akal.

"Order paling dekat..."

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @key_din yang merupakan seorang ‘rider’ Foodpanda berkongsi detik lucu yang terjadi pada dirinya.

@key_din #CapCut #gopro #fyppppppppppppppppppppppp #foodpanda ♬ original sound - 🇲🇾 KeyDin 🇲🇾

Menurut @key_din, ini merupakan ‘order’ yang paling dekat dia terima selama berkerja sebagai seorang penghantar makanan.

Mana tidaknya, dalam video tersebut @key_din menunjukkan bahawa pelanggan yang membuat pesanan adalah berhadapan dengan kedai makanan tersebut.

Video berdurasi 10 saat itu mendapat perhatian ramai warganet yang rata-rata terhibur.

Selain turut berpendapat bahawa mungkin pelanggan berkenaan tidak boleh keluar dari kawasan tersebut membuatkan dia melakukan tempahan.

Dia punya tahap malas tu

Bukan malas tapi kerja seorang diri

Mesti ada 'promotion' ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen