Perbuatan khianat? Cermin kereta pecah gara-gara di baling batu dari 'flyover'

Oleh: Zuzu Yasmine

Berada di jalan raya sememangnya sentiasa terdedah dengan bahaya. Kadang disebabkan kecuaian orang lain namun diri sendiri menjadi mangsa.

Kereta dibaling batu dari atas.

Bagaimanapun, lain pula yang terjadi kepada pengguna jalan raya ini apabila didakwa terlibat dengan perbuatan khianat apabila keretanya dengan sengaja di baling batu.

@kezurulzalzal97 Tlong Tt viralkn… spaya orng lain bole brhati2 pasni… nasib tak trbabas … #fypã‚· #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound - 🇲🇾 KeyDin 🇲🇾

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @kezurulzalzal97 memaparkan detik-detik kereta miliknya dibaling batu dari arah ‘flyover’.

Dalam video berdurasi 24 saat itu dapat dilihat beberapa biji batu jatuh dari arah atas hingga menghancurkan cermin kereta pemandu berkenaan.

Menurut @kezurulzalzal97, dia bernasib baik tidak mengalami sebarang kecelakaan namun berharap pengguna lain berhati-hati ketika melalui kawasan kejadian dipercayai di Jitra, Kedah.

Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Moga dapat hidayah yang baling batu tu

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen geram akan tindakan tidak bermoral itu, malah ada juga yang mendakwa itu ada projek segelintir bangkel demi mendapatkan pelanggan.

Tak fikir kalau kena dekat keluarga sendiri

Nanti ada yang datang tolong

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen