Mula-mula datang nak merisik je, tak sangka bapa mertua bagi 'green light' terus menikah

Oleh: Shasha Zack

Semua pasangan pastinya menginginkan hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Justeru itu yang berlaku pada pasangan dari seberang ini. Menurut perkongsian video oleh @pucez di laman Tiktoknya menunjukkan pernikahan mereka yang berlaku tanpa dirancang.

Rancangan asal untuk merisik saja, tapi terus nikah

Difahamkan, wanita ini asalnya didatangi oleh keluarga sebelah lelaki atas tujuan merisik sahaja. Namun, oleh sebab pada keesokan harinya mereka mempunyai urusan ke luar bandar, bapa gadis ini meminta mereka untuk bernikah terus.

"Rasa macam nak gugur jantungku..."

Gadis ini juga turut merakamkan dan memuat naik video mereka diijabkabulkan sebagai detik terindah dalam hidupnya.

"Terus diijabkabul dulu. Bukan sebab mengandung..."

Menerusi ruangan komen, gadis ini membuat sedikit penjelasan mengenai perkahwinan mereka yang jadi secara tiba-tiba. Dia berkata bahawa atas arahan orang tua, mereka terus dinikahkan meskipun tujuan sebenar adalah sekadar merisik.

Penjelasan ini juga adalah bagi mengelakkan fitnah jika ada yang menganggap mereka terus dinikahkan kerana terjadi sesuatu yang buruk kepada gadis ini.

"Cara laki tu nampak sangat sayangkan perempuan tu..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai netizen yang melihat betapa kasihnya lelaki tersebut terhadap gadis yang dinikahinya. Ramai juga yang melihat cara suami tersebut mencium dahi isteri sebagai kasih sayang yang sangat kuat antara mereka.

"The way he kisses you, hope you guys happy..."

Segelintir netizen juga meninggalkan komen mendoakan mereka dikurniakan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. 

"Niatnya melamar, terus nikah Masyaallah..."

Ada juga netizen yang berkongsi keterujaan melihat pasangan ini yang berkahwin secara 'on the spot' walaupon pada asalnya hanya niat untuk melamar. Malahan turut mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke Jannah.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen