Jumpa kucing hampir lemas dalam bungkusan, pemuda dihujani ucapan terima kasih

Oleh: Zuzu Yasmine

Habis madu sepah dibuang, itulah yang sering kali terjadi pada haiwan peliharaan apabila kehadirannya sudah tidak diperlukan lagi.

Bukan sahaja ditinggal di tepi jalan namun ada juga yang sanggup mengikat dan mengurungnya di dalam plastik sebelum membuangnya.

Tolong selamatkan kucing.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @aimann.da ini berkongsi saat dia bertemu dengan bungkusan di tepi jalan.

@aimann.da Apa yang korang dah buat ni😔 #fyp #trending #fypシ ♬ original sound - itsyou._

Menurutnya, dia sedang berjalan menikmati angin petang ketika menunggang motosikal dan mendengar suara anak-anak kucing tersebut.

Dia yang bertindak mencari bunyi tersebut akhirnya menemui sebelum bertindak membuka guni beras dan mengeluarkan kucing-kucing malang berkenaan.

Lebih simpati lagi apabila kucing tersebut dalam keadaan pening dan kelemasaan saat meloloskan diri dari bungkus itu.

Bantuan disalah erti?

Bagaimanapun, tindakan tersebut mendapat kecaman dari netizen yang mendakwa kejadian itu telah dirancang oleh lelaki berkenaan.

"Cuba bersangka baik..."

Namun ada juga yang berterima kasih kepadanya kerana membantu membebaskan kucing-kucing tersebut.

Jadikan tauladan

Terima kasih lepaskan

“Kawe ada situ...”

Dalam video yang lain, dia berkongsi keadaan sebenar terhadap pengikut yang menuduhnya malah dia tidak kisah akan dikatakan orang memandangkan dia yang berada dalam keadaan tersebut.

@aimann.da Reply to @ainrahim95 ni mentahannya ye gais😂 #fyp #trending #fypシ ♬ original sound - itsyou._

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen