"Adikku, Waliku." - Bapa meninggal 3 bulan sebelum nikah, Adik lelaki 16 tahun jadi wali perkahwinan kakak

Oleh: Shasha Zack

Sebak hati seorang anak perempuan apabila bapanya tidak sempat menjadi wali di hari perkahwinannya.

Begitulah yang dikongsikan oleh @ctnurulasyiqin di laman Tiktoknya tentang perkahwinan yang diwalikan oleh adiknya yang berusia 16 tahun.

"Allah lebih menyayangi papa 3 bulan sebelum kahwin..."

Gadis ini meluahkan rasa sedih atas pemergian arwah bapanya 3 bulan lalu ketika masih dalam fasa bertunang. Lantas, adik lelakinya yang masih muda menggantikan tempat arwah bapanya sebagai wali membuatkan gadis itu sebak di hari pernikahannya.

"Semua anak perempuan pasti ingin diwalikan oleh ayah."

"Tapi Allah SWT lebih menyayangi papa 3 bulan sebelum kahwin disaat fasa pertunangan)"

"Tapi Alhamdulillah urusankudipermudahkan, seorang adik lelaki 16 tahun walikan kakak."

"Tanpa dia semua takkan berjalan lancar..."

Bercerita lanjut, gadis ini menceritakan tentang keadaan adik lelakinya yang gugup pada malam sebelum pernikahannya. Malahan adiknya yang berusia 16 tahun itu turut tiak berselera untuk makan, dan tidur kerana terlalu risau untuk menggalas tanggungajawab besar sebagai wali pada keesokan harinya.

"1 hari sebelum kahwin takpayah cakapla gugup dia tu. Tak tidur, tak lalu makan. Mcam dia pulak nak kahwin esok."

"Sebab dia faham tanggungjawab dia besar, tanpa dia semua takkan berjalan lancar."

"Gugup, takut, malu, tapi demi seorang kakak, dia bangkit berani."

"Terima kasih sebab jadi wali untukku. Semoga Allah SWT selalu merahmatimu wahai adikku."

"Rasa sedih tengo video ni..."

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh melihat kematangan adik gadis ini. Walaupon bagi berusia 16 tahun namun mampu menggalas tanggungjawab besar menyempurnakan majlis pernikahan kakaknya.

"Alhamdulillah.. hebat adik awak.."

Ramai netizen juga yang kagum dengan keberanian adik gadis ini dalam menyempurnakan majlis nikah ahli keluarganya.

"Lelaki besar tanggungjawabnya pada keluarga..."

Terdapat netizen yang berkongsi tentang peranan adik lelaki kepada keluarga meskipun umurnya masih muda. Hal ini kerana banyak tanggungjawab yang prlu digalas oleh anak lelaki pada ibu dan adik beradik perempuan yang lain.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen