Bouquet bunga gergasi pon boleh masuk! - "Myvi memang 'king' semua dia tapau!"

Oleh: Shasha Zack

Fenomena kereta Myvi dengan kemampuannya yang pelbagai memang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia.

"Apa je Myvi tak boleh buat!"

Terbaru, Myvi sekali lagi menarik perhatian netizen apabila ianya memuatkan sebuah bouquet bunga dari duit saiz gergasi di but kereta!

Menerusi perkongsian di aplikasi Tiktok @noraziemahahmad, menunjukkan pemilik kereta Myvi yang melakukan penghantaran 'money bouquet' ini yang menarik perlahan-lahan bouquet tersebut untuk dimuatkan ke dalam but keretanya.

"Bukan nak cakap apa la, Myvi apa pon boleh buat..."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati segelintir netizen yang sememangnya tahu akan 'kehebatan' kereta Myvi dalam membuat apa sahaja 'tugas' yang sepatutnya dilakukan oleh kenderaan yang lebih sesuai.

Namun, kereta yang digelar 'King' ini nampaknya mampu melakukan semuanya tanpa teragak-agak.

"Macam mana nak keluarkan bunga..."

Selain dari itu, cara mengeluarkan bunga dari but tersebut juga menimbulkan tanda tanya dari netizen. Malahan mereka turut risau jika ada sebarang kerosakan berlaku pada bouquet bunga tersebut yang nampak mahal dan susah untuk dihasilkan.

"Paling malas bila dapat bouquet duit, kena buka setiap soletip duit..."

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman 'malas' membuka setiap soletip pada duit untuk dipisahkan dari bouquet tersebut. Macam-macam!

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen