11 tahun kumpul duit bersama, wanita kecewa kekasih kahwini calon pilihan keluarga pula

Meskipun dunia semakin moden, namun tak dinafikan ada segelintir keluarga di luar sana masih mengekalkan tradisi budaya masing-masing termasuklah mengatur urusan jodoh anak-anak mereka.

Bagi yang boleh menerima akan perkara itu mungkin tiada masalah buat mereka, namun bagaimana pula pasangan kekasih di luar sana yang sudah bertahun menjalin hubungan tetapi akhirnya terputus di tengah jalan kerana ditentang keluarga.

Pasrah impian naik pelamin tak sampai

Namun, siapa sangka kejadian sama turut menimpa gadis ini yang mana perkongsiannya ada dimuat naik di laman Instagram 'Pernikahan Kita'.

 

Dalam hantaran tersebut, wanita itu telah menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya yang akhirnya berkahwin dengan calon pilihan keluarga.

Kekasih kahwini calon pilihan keluarga

Lebih menyakitkan lagi, hubungan mereka 11 tahun seperti sia-sia sahaja kerana sepanjang tempoh tersebut mereka telah berusaha kumpul duit bersama untuk berkahwin, namun tidak kesampaian.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen