Masih belum rezeki, wanita hanya mampu tumpang gembira ibu disahkan hamil anak kelapan -"Patutnya kakak..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak adalah penyeri rumah tangga. Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pastinya ternanti-nanti bilakan giliran mereka untuk menimang cahaya mata bersama.

Namun, rezeki setiap orang tidak sama, ada yang diberikan rezeki anak cepat malah ada juga yang sebaliknya.

Tak sangka ibu yang hamil.

Akan tetapi lain pula dengan kisah seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nureenorairi_ ini apabila hanya mampu menumpang kegembiraan ibunya yang hamil anak kelapan.

Menurut @nureenorairi_, dia menyangkakan dia yang bakal menimang cahaya mata namun tidak sangka apabila ibunya pula yang disahkan mengadung.

“Ku sangka diri ni 2 line tapi ibuku yang 2 line tahniah mama. Baby no.8 is coming. Semoga Allah hadirkan zuriat dalam rahimku amin...” tulisnya di ruangan kapsyen.

"Patutnya kakak..."

Menerusi tangkap layar perbualan dia bersama ibunya, awalnya @nureenorairi_ awalnya seakan kecewa apabila mengetahui ibunya hamil lagi.

Malah, dia juga turut mempersoalkan adalah dirinya tidak mampu hamil hingga meminta ibunya untuk menjaga anak yang bakal lahir itu.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet memintanya untuk bersabar selain menasihati agar tidak cemburu akan kehamilan ibunya.

Jangan cakap macam tu

Percaya pada rezeki

InsyaAllah ada rezeki nanti

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen