Golongan 'kayangan' dikecam 'drive thru' naik kuda - "Najis bersepah siapa nak kutip ni?!"

Oleh: Shasha Zack

Restoran makanan segera sememangnya merupakan salah satu tempat yang sentiasa dikunjungi oleh rakyat Malaysia.

Lebih-lebih lagi yang menyediakan perkhidmatan pandu lalu seperti Mc Donald, Pizza Hut, KFC dan lain-lain yang lebih memudahkan urusan tanpa perlu beratur di kaunter.

Namun begitu, tular baru-baru ini sekumpulan penunggang kuda yang menonjolkan kelainan apabila memesan Mc Donald secara 'drive thru' di Edusphere, Cyberjaya.

"Sebab kereta dah terlalu mainstream.."

Menurut perkongsian @twt_cyberjaya di laman Twitter, menunjukkan beberapa keping foto 'geng kuda' yang lengkap berpakaian keseamatan berkunjung ke Mc Donald untuk membeli makanan melalui perkhidmatan pandu lalu.

Susulan tweet dari akaun tersebut mendapat pelbagai reaksi, seorang individu @clanz3r tampil membuktikan 'peninggalan' najis kuda di kawasan pandu lalu tersebut yang menaikkan amarah netizen.

Tindakan 'geng kuda' ini ternyata mendapat kecaman hebat dari netizen yang rata-rata marah dan tidak puas hati dengan sikap riak akibat mahu mennjolkan kelainan. Mereka menyifatkan bahawa drive thru dengan menunggang kuda adalah sangat tidak relevan dan tiada belas ihsan pada pekerja restoran tersebut.

"Mereka terus bersihkan tadi."

Melihat kepada kemarahan netizen, akaun Twitter @twt_cyberjaya terus memuat naik hantaran penjelasan mengenai najis kuda tersebut yang telah dibersihkan oleh 'geng kuda' tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen