Jangan tak percaya! Ini enam pulau tercantik di Malaysia setanding luar negara

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila tiba hujung tahun, ramai yang mengambil peluang untuk menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan yang tertinggal selain meluangkan masa dengan insan tersayang.

Buat mereka yang sukakan dengar dan bau deruan ombak, pastinya pantai adalah pilihan yang akan dilakukan setiap kali percutian.

Tidak perlu pergi ke luar negara, di Malaysia juga sebenarnya mempunyai pantai cantik dan lautan yang jernih.

Ini enam pantai dan pulau terbaik yang terdapat di Malaysia.

Pulau Tioman, Johor

Pulau yang dikenali sebagai syurga penyelam ini terletak di selatan tanah air. Lebih unik lagi apabila pulau ini kata dengan batu karang yang indah. Sesuai buat mereka yang memintai selam snorkel atau skuba.

Pulau Redang, Terengganu

Pulau yang terletak di Terengganu ini adalah salah satu daripada sembilan pulau di Laut China Selatan yang dilindungi. Jadi, pastinya batu-batu karang serta flora dan fauna di sini sangat cantik.

Port Dickson, Negeri Sembilan

Buat warga Selangor dan Kuala Lumpur yang tidak mahu pergi jauh, PD adalah tempat sesuai buat anda. Hanya terletak 90KM dari ibu kota anda dapat menikmati suasana pantai dan makanan laut yang sedap.

Semporna, Sabah

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, jangan lepaskan peluang pergi ke daerah selatan tenggara Sabah ini kerana pasti akan membuat anda sangat berpuas hati. Bukan sahaja miliki air laut kehijauan yang jerniah tetapi juga terkenal penyu-penyu serta chalet atas air.

Pulau Perhentian, Terengganu

Rasanya pulau ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pulau perhentian terbahagi kepada dua buah pulau iaitu perhentian kecil untuk penginapan murah dan makanan enak manakala perhentian besar untuk percutian yang mewah.

Pulau Langkawi, Kedah

Tempat percutian wajib ini pastinya menjadi pilihan ramai orang. Bukan sahaja terkennal dengan pulau coklat, Langkawi juga menguji rasa gayat anda dengan kereta kabel paling curam di dunia.

Sebenarnya banyak lagi pulau dan pantai cantik yang terdapat di negara ini namun, sudah cukup berpuas hati kalau anda pergi ke salah satu tempat ini. Jadi, dah tahu nak bercuti ke mana hujung tahun ini?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen