Hanya guna satu nafas, warga emas selamba kira makanan tanpa guna kalkulator jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Menikmati hidangan di kedai orang lama-lama tentunya mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri. Selain dari hidangannya yang lazat, ia pasti akan mengimba kenangan zaman masa kecil.

Kira tanpa guna kalkulator.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @adlinazohdi ini memaparkan dirinya berada di sebuah restoran yang dipercayai cukup terkenal di negeri Kelantan.

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah kehebatan pemilik kedai berkenaan yang mengira makanan tanpa menggunakan kalkulator telah menjadi perhatian.

Dalam video berdurasi 27 saat itu dapat dilihat pakcik berkenaan dapat mengira kesemua makanan dengan sangat laju selain terus memberi jumlah harga tanpa sebarang keraguan.

Video yang dimuat naik oleh @adlinazohdi itu telah meraih hampir 450,000 tontonan yang rata-rata berkongsi pengalaman sama di kedai berkenaan selain turut memuji kecekapan warga emas tersebut.

Sifir orang lama ni

Kedai lagend ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen