Lima jenis haiwan yang mempunyai jangka hayat paling singkat di dunia

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti ada diantara kita yang kurang mengetahui akan jangka usia seekor haiwan. Mana tidaknya, haiwan-haiwan ini bukanlah binatang peliharaan malah yang ada dianggap sebagai perosak.

Untuk makluman, jangka hayat setiap haiwan adalah berlainan antara mereka malah tidak sama seperti manusia juga.

Berikut adalah senarai haiwan yang miliki jangka hayat paling pendek di dunia.

Tikus rumah

Tikus rumah adalah haiwan paling banyak terdapat di dunia malah terdapat lebih 30 spesies tikus rumah yang dapat dikenalpasti. Bagaimanapun, usia seekor tikus rumah ini hanya mampu bertahan selama lapan bulan sahaja.

Namun, besar kemungkinan hidup mereka kurang daripada setahun kerana faktor cuaca malah janga hayat mereka menjadi lebih pendek disebabkan menjadi mangsa kucing domestik.

Walaupun begitu, haiwan ini mampu hidup selama tiga tahun jika dijaga dengan baik dan tikus rumah paling lama pernah direkodkan hidup adalah selama 1,819 hari.

Pepatung

Buat yang tidak tahu, serangga ini dikenal pasti telah muncul di bumi sekitar 300 juta tahun lalu malah mereka ini kebanyakkan tinggal di kawasan hijau dan lebih daripada 5000 spesies pepatung yang direkodkan dunia.

Pepatung juga dikatakan mampu hidup sekitar lapan hingga 12 minggu sahaja. Biasanya mereka ditemui mati terbaring di atas lantai akibat faktor cuaca atau menjadi mangsa kepada pemangsa lain.

Lebah pekerja

Lebah pekerja biasanya lebih dikenali sebagai lebah betina yang tidak mempunyai kemampuan pembiakan seperti ratu lebah. Mereka ini boleh hidup selama beberapa minggu atau bulan namun bergantung kepada keadaan cuaca.

Kebanyakkan lebah pekerja dilahirkan pada musim luruh dan akan hidup sehingga musim bunga berikutnya.

Kupu-kupu Monarch

Dikenali sebagai kupu-kupu paling cantik namun, jangka hayatnya hanya mampu bertahan selama enam minggu sahaja. Walaupun mempunyai jangka hayat yang pendek, kupu-kupu yang terkenal di Amerika Utara ini mempunyai kelebihan mampu terbang beribu-ribu kilometer sekiranya terbang pada arah yang betul.

Lalat rumah

Lalat rumah ini paling mudah untuk ditemui dalam sesebuah rumah namun serangga ini hanya mampu hidup selama empat minggu sahaja selepas mencapai dewasa.

Memiliki ukuran purata sebanyak lapan milimeter, seekor lalat betina mampu menghasilkan lebih daripada 100 biji telur dalam satu masa di atas makanan atau najis.

Semut Drone

Semut sepesis ini hanya mampu hidup selama tiga minggu sahaja, malah serangga ini juga terdiri daripada semut jantan di dalam koloninya.

Mereka ini lahir daripada telur yang tidak disenyawakan dan kelihatan seperti penyengat selain tidak melakukan sebarang tugasan untuk sarang mereka.

Gastrotrich

Gastrotrich adalah haiwan seperti cacaing mikroskopik yang terdapat di kawasan air tawar dan laut yang memiliki jangka hayat selama tiga hari. Mempunyai saiz sepanjang 3 milimeter, serangga ini mempunyai jangka hayat selama tiga hari sahaja.

Mereka ini selalunya makan organisma hidup dan mata, walaupun kecil tapi serangga ini mempunyai kepala, otak, usus, organ reproduktif dan deria.

Malah haiwan ini mampu bertahan di dalam kolam kering dan kawasan takungan yang tidak berair.

Mayfly

Serangga ini dianggap dianggap memiliki jangka hayat paling singkat di dunia dengan bertahan selama 24 jam sahaja. Mereka ini terdiri dari spesies pepatung dan hidup di kawasan air tawar yang bersih sepenuhnya.

Lebih mengejutkan lagi apabila serangga ini tidak mempunyai mulut dan tujuan kehidupannya hanya untuk pembiakan sahaja.

Tak sangka jangka usia haiwan ini sesingkat ini bukan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen