Tingkap tak berjeriji, budak lelaki panjat katil sebelum terjatuh dari tingkat 16

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Baru Caves hari ini, pihak polis dikatakan masih lagi menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata, dalam kejadian 10.30 pagi itu, ibu mangsa yang juga ibu tunggal tiada di rumah kerana keluar atas urusan lain.

"Mangsa ditinggalkan bersama adik lelaki berusia empat tahun dan ibu saudara berusia 36 tahun.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil yang berada di tepi tingkap. Kita percaya mangsa terjatuh dari tingkap itu," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati tingkap berkenaan tidak dipasang jeriji.

Menurutnya, kes terbabit berkaitan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen