Berdebar nak jumpa bakal mentua, gadis tak senang duduk sampai diusik macam 'bibik' dengan kekasih

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkara yang menakutkan bagi seorang gadis tentunya kita dibawa bertemu dengan bakal mentuanya. Mana tidaknya, ramai yang bimbang jika gerak gerinya tidak disenangi oleh keluarga kekasihnya itu.

Walaupun tahu pertemuan dengan keluarga pasangan adalah salah satu tanda bahawa kekasih itu serius dengan hubungan terbina namun perkara tersebut tetap bukan perkara yang mudah dilakukan.

Langkah jadikan dia yang halal.

Itulah yang dilalui gadis ini apabila berasa gementar ketika dibawa bertemu dengan keluarga kekasih hati.

Menerusi video dimuat naik oleh kekasihnya yang merupakan pengguna TikTok dikenali sebagai @ferbiess ini memaparkan ketika mereka berada di dalam perjalanan sehinggalah tiba di rumah.

Ketika di dalam kereta, kekasih itu meluahkan rasa bimbang sekiranya dirinya ‘direject’ oleh bakal mentuanya.

Takut nak duduk, dah macam bibik.

Malah, apabila sudah berada di rumah bakal mentuanya itu, gadis berkenaan takut hendak duduk sehingga digelar seperti bibik oleh teman lelakinya.

Tidak hanya itu sahaja, bagi mengawal rasa berdebar itu gadis berkenaan juga bermain dengan pelastik agar terlihat tenang.

Bagaimanapun semuanya berjalan dengan lancar dan @ferbiess memohon doa ramai agar urusan menghalalkan kekasihnya itu dipermudahkan.

“Moga dipermudahkan urusan lepas ni.”

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata netizen mendoakan agar urusan pasangan ini dipermudahkan selain turut berkongsi pengalaman yang hampir sama.

Kongsi pengalaman

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen