Wanita dipenjarakan kerana marah suami balik rumah mabuk, netizen berang hukuman tak adil

Oleh: Shasha Zack

Kisah yang menyayat hati membabitkan seorang ibu anak dua yang dipenjarakan hanya kerana berleter tentang tabiat suaminya yang mabuk pulang ke rumah mendapat perhatian luas oleh netizen Indonesia dan Malaysia.

Kejadian yang berlaku di Indonesia itu mendapat kecaman hebat netizen dari seberang yang berang dengan hukuman diterima hanya kerana menegur sikap buruk suaminya.

"Kena sambut elok-elok walaupon suami balik mabuk.."

Video yang dimuat naik oleh @garixredrigues di Tiktok mendapat 1.2 juta tontonan netizen yang sebak melihat wanita ini menangis meluahkan nasibnya yang dipenjara dek kerana alasan yang tidak munasabah tersebut.

Dia juga meluahkan perasaannya dengan juraian air mata dan berkata dengan nada sinis sepatutnya menyambut kepulangan suami yang mabuk dengan elok tanpa marah.

 

"Dianggap melakukan kekerasan.."

Menerusi video petikan berita dari Metro TV, Indonesia menyatakan wanita malang ini dipenjarakan selama 1 tahun kerana dipercayai melakukan kekerasan terhadap suaminya yang mabuk.

Dalam video itu, ibu anak dua ini juga berpesan pada seluruh para ibu di Indonesia supaya jangan memarahi suami yang mabuk jika tidak ingin dipenjarakan sepertinya.

"Semoga yang bijak hadir membela."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai yang merasakan hukuman yang dikenakan ke atas wanita ini sama sekali tidak adil dan berdoa agar ada orang bijak yang boleh membantu.

"Lemahnya undang-undang sana.."

Tidak kurang juga netizen yang berang dengan hukuman yang diterima lantas menyelar undang-undang yang nampak berat sebelah ini.

"Pity her as a mother.."

Ada juga yang sayu dengan nasib ibu anak dua ini dan mengharapkan keadilan berpihak padanya.

"Hakimnya mabuk juga kot.."

Ada juga yang marah sehingga menuduh hakim yang menghakimi kejadian ini sama mabuk dengan suami wanita ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen