Lima jenis pekerjaan paling ekstrem dan jumlah gaji yang diterima

Di dalam sesebuah negara, rakyatnya telah disediakan dengan pelbagai jenis pekerjaan meliputi pelbagai bidang.

Kemudian hasil keuntungannya yang disebut sebagai gaji akan diberikan kepada mereka bersesuaian dengan 'profession' masing-masing yang mana sistem ini telahpun berlaku sejak dari zaman dulu lagi.

Namun, ada beberapa jenis pekerjaan di dalam dunia ini tersenarai sebagai satu pekerjaan yang paling ekstrem tetapi gaji yang diterima memang berbaloi! 

Berikut merupakan lima jenis pekerjaan dan jumlah gaji yang diterima:

1. Storm Chaser

Tugasnya adalah mengejar sebarang fenomena cuaca buruk dengan meletakkan penderia yang akan merekodkan data cuaca termasuklah sanggup berdepan dengan fenomena puting beliung

Kemungkinan risiko yang akan berlaku kepada mereka adalah disambar petir, terkena serpihan kencang ketika berlakunya ribut.

Jadi, tidak hairanlah jika jumlah gaji yang diterima boleh mencecah sehingga $60968 (RM254,815).

2. Cave Diver

Ia dilakukan untuk penyiasatan saintifik atau mencari penyelam yang hilang akibat daripada mana-mana aktiviti di sesebuah kawasan laut atau disebabkan oleh kemalangan.

Bercerita tentang kerja ekstrem ini pastinya akan berdepan dengan risiko dan bagi pekerjaan jenis ini, risiko yang mungkin berlaku adalah lemas, penyahmampatan dan pernafasan bercampur dengan gas yang salah.

Walaubagaimanapun, jumlah gaji yang diterima individu berada di skop pekerjaan ini adalah sejumlah $58,640 (RM245,086)

3. Crocodile Pscychologist

Bagi pencinta haiwan mungkin sesuai berada dalam bidang ini. Tugas mereka adalah membawa buaya ke darat untuk menjalankan penyelidikan ke atas haiwan tersebut.

Menurut sumber, buaya adalah spesis haiwan yang gemar bermain, namun sesetengah spesis itu amat berbahaya sehingga boleh membunuh.

Gaji yang diterima oleh individu bekerja di kedudukan ini adalah $62,500 (RM261,218)

4. Everest Guide

Anti-gayat. Itulah ciri-ciri utama yang perlu ada kepada seseorang yang ingin meceburkan diri dalam pekerjaan ini selain mereka juga perlulah mempunyai ketahanan diri yang bagus.

Hal ini kerana mereka merupakan ketua mendaki yang perlu berdepan dengan keadaan cuaca melampau serta keperluan sumber yang sangat sedikit.

Tak dinafikan, tugas ini amat berat berbanding dengan pekerjaan lain kerana tak ramai ketua dilatih mampu untuk memastikan anak buah mereka cukup jumlahnya sebelum dan selepas mendaki.

Berkenaan dengan gaji pula adalah sebanyak $5,000/peserta (RM20,897)

5. Skydiving Instructor

Bekerja di posisi ini juga tiada jauh beza dengan 'Everest Guide' kerana mereka perlu berani apabila berada di altitud yang tinggi.

Bagi yang berminat untuk mencuba, mereka perlu menyertai latihan untuk mendapatka permit bertugas dan pendidikan asas berkenaan bidang tersebut.

Tugas mereka adalah membimbing dan memastikan individu melakukan pendaratan payung udara dengan selamat.

Berkenaan gaji pula, ada sumber meletakkan gaji yang diperoleh oleh mereka sebanyak $24,000 (RM100,308),namun ada juga yang mengatakan bahawa ia tidak dapat diramalkan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen