Simpati 'phone' 'member' selalu rosak, satu geng pakat kumpul duit belanja baru

Oleh: Shasha Zack

Persahabatan antara golongan lelaki sememangnya lebih akrab dan meriah jika dibandingkan dengan golongan wanita.

Hal ini dibuktikan dengan sebuah video yang tular mengenai sekumpulan lelaki yang membelikan rakan mereka telefon bimbit yang baru akibat yang lama sudah pon uzur.

"Kesian sebab phone dia banyak problem.."

Video yang dimuat naik oleh @ajimtakgoodlooking di laman Tiktoknya mengundang perhatian netizen kerana keikhlasan persahabatan mereka diterjemahkan apabila mereka sanggup membelikan telefon bimbit yang baru akibat kasihan dengan masalah telefon lama.

Malahan apa yang lebih menarik perhatian adalah reaksi rakan berbaju biru di belakang yang teruja melihat rakan mereka 'unboxing' hadiah tersebut membuatkan netizen beranggapan dia lebih 'comel' kerana gembira memberi kejutan buat rakannya.

"Best dapat kawan yang menghargai kita.."

Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai netizen yang mencemburui keikhlasan persahabatan mereka. Malahan mereka turut seronok melihat video berkenaan yang terlalu menghargai sahabat antara satu sama lain.

"Lelaki punya friendship lagi ikhlas dari perempuan.."

Beberapa netizen turut menyifatkan persahabatan lelaki lebih ikhlas berbanding wanita kerana mereka lebih santai dan jujur dalam persahabatan.

"Seronok tengok member sorang tu hype.."

Segelintir netizen juga seronok melihat gelagat rakan mereka yang terlebih teruja membuat kejutan buat rakan mereka yang mendapat hadiah tersebut. Malahan mereka turut berpesan agar persahabatan ini kekal sehingga kehujung nyawa.

"mcnkeecr

cekrmer

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen