Sanggup ponteng kerja demi sambut bapa saudara bebas penjara buat netizen berkaca mata

Oleh: Shasha Zack

Air dicincang tak akan putus. Begitulah pepatah yang boleh menggambarkan hubungan yang erat dalam sesebuah institusi keluarga.

Hal ini samalah seperti yang berlaku antara seorang anak saudara yang sanggup ponteng kerja demi menjemput bapa saudara yang dibebaskan dari tahanan.

Pakcik yang paling disayangi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nazril_951 dilaman Tiktok, merakamkan keterujaannya menyambut kepulangan bapa saudara yang dikasihi setelah 3 tahun dia ditahan di dalam pusat tahanan.

Video yang mendapat 78.3 ribu tontonan itu mengundang sebak netizen yang menyifatkan hubungan kekeluargaan mereka sangat ikhlas tanpa sebarang prejudis lebih-lebih lagi apabila melihat kegembiraan yang ditunjukkan bapa saudara setelah dibebaskan.

"Dia kena ingat, ramai orang sayang dia.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh lelaki ini pada bapa saudaranya. Ramai juga yang mendoakan agar lelaki yang dibebaskan itu menjadi orang yang lebih baik malah mengingatkan bahawa masih ramai yang menyayangi diri mereka.

 

"Saya pon tengah menunggu kepulangan abang.."

Malahan, ada netizen yang berkongsi kisah sedang menunggu abangnya keluar dari tahanan dalam tempoh 3 tahun lagi.

"Mereka berhak diberi peluang.."

Ramai juga netizen yang memberi sokongan penuh kepada mereka yang baru dibebaskan dari tahanan dan berpendapat mereka layak diberi peluang kerana semua manusia melakukan kesalahan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen