Ingatkan ada apa, pemuda beria suruh member masuk tandas rupanya nak tunjuk hasil seni

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau selalunya kita akan mendengar orang menyanyi atau termenanung di dalam tandas, namun lain pula dengan seorang pemuda yang terlebih kreatif ini.

Ingat dalam tandas ada lipas, rupanya...

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @shafiqalshukri yang berkongsi gelagat rakan sebiliknya yang sememangnya tidak terjangka.

@shafiqalsukri

Penat la aku ngn dia ni. Beria ja suruh masuk tandas tengok ada apa.. last last dia lukis muka orang guna rambut dia. Siap ada tandatangan berangkai😂 🐃💨💨💨💨

♬ Bilang Pa Mama Mantu - Nusantarahouse

Menurut @shafiqalshukri, rakannya itu awalnya menyuruhnya untuk ke tandas melihat sesuatu yang berkemungkinan lipas atau sebagainya.

Namun sangkaannya meleset apabila, rakan sebiliknya itu ingin menunjukkan hasil seni yang telah dihasilkan menggunakan rambutnya yang gugur.

Dalam video berdurasi 16 saat itu jelas memperlihatkan seolah-olah lakaran wajah di dinding bilik air berserta tandatangan berangkai sebagai bukti hasil kerjanya.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet memuji hasil seni berkenaan yang dilihat mahal malah ada yang memujinya kreatif dan menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya.

Nampak macam mahal

Betul-betul guna masa lapang ni

Kreatif betul

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen