Dua tahun tak bersua muka, pelukan erat gadis dan ayahnya undang rasa sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap anak-anak yang sedang membesar tentunya perlukan kasih sayang yang cukup dari ibu dan bapa mereka.

Namun, tidak semua orang dapat melaluinya, ada yang kehilangan ibu bapa di usia yang muda malah ada juga yang ibu bapanya berpisah.

Pelukan erat lepas dua tahun tak jumpa.

Hal yang sama dilalui seorang gadis ini apabila dikatakan tidak bertemu dengan bapanya selama dua tahun sebelum bersatu kembali.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @nurinlofar yang memaparkan saat-saat rakannya itu memeluk bapanya selepas lama tidak bertemu.

@nurinlofar @nisakaylee06 ♬ suara asli - Hi, ini meme - 𝑴𝒆𝒎𝒆𝒊𝒏𝒊𝒎𝒆𝒎𝒆🐹

Dia yang turut sebak akan pertemuan berkenaan menyatakan bahawa dia melihat pelbagai rintangan yang terpaksa dilalui oleh rakannya itu seorang diri.

“Kawan aku dah 2 tahun tak jumpa ayah dia, mungkin orang kata kejap tapi macam-macam rintangan dia lalui seorang diri...” tulisnya di dalam video berkenaan.

Sehubungan dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sebak akan pertemuan tersebut namun cemburu melihat pelukan mesra anak beranak itu.

Macam mana rasa dipeluk ayah?

Tumpang sedih

Hargailah ayah yang masih ada

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen